Red Electricity Lightning

TAJUK 8

 TOPIK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

1.0 PENDAHULUAN

Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu strategi dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Terdapat beberapa bilik pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar, iaitu, bilik muzik ,makmal sains, makmal komputer, studio dan tempat-tempat pembelajaran yang seumpama dengannya. Penekanan dibuat untuk bilik darjah kerana ia merupakan tempat yang selalu digunakan oleh pelajar pada proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlulah memastikan keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan.

2.0 ISI PENTING

Ciri Keselamatan Bilik Pembelajaran

  • Ruang kerja mestilah selesa dan susun atur perabot yang kemas

  • Ruang kerja haruslah bersih dan tiada kesan minyak

  • Cahaya dan pengudaraan yang cukup

  • Tempat pengendalian enjin dan pengudaraan yang cukup

  • Sudut pameran atau hasil kerja murid

  • Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan

  • Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin


MAKMAL SAINS


BENGKEL RBT/KHB



STUDIO SENI 


BILIK MUZIK 


BILIK ICT/ MULTIMEDIA 


BILIK TAYANGAN




3.0 PENUTUP

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus bilik pembelajaran tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Oleh itu, untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan disukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik pembelajaran untuk mewujudkan bilik pembelajaran yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum.


 
 






No comments:

Post a Comment