Red Electricity Lightning

TAJUK 14

 TOPIK 14:PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


PENDAHULUAN

Pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan dan kerjasama daripada semua ahli untuk mencapai matlamat kumpulan (Haji Samsudin bin Mh.Noor).Sementara itu menurut Lee Shok Mee(1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan dari tidak tahu ke tahu.


ISI -ISI PENTING

 

Guru perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki kelas. Elemen penting yang perlu disediakan sebelum memasuki kelas ialah kebijaksanaan dan penilitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar dengan menitikberatkan aspek yang melibatkan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian penilaian dan pentaksiran.

 

Contoh keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran :



  • Memenuhi masa yang diperuntukan

  • Menepati kehendak objektif/matlamat

  • Berkesan sepanjang waktu pengajaran

  • Menarik perhatian dan tidak membosankan




Perlaksanaan P&P di dalam kelas mestilah mempunyai tiga elemen penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga  perlu mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai.



Elemen-elemen yang perlu diambik kira dalam reka bentuk pengajaran ialah 


  • Objektif pengajaran

  • Strategi pengajaran yang sesuai

  • Bahan bantu mula pengajaran 

  • Maklum balas pelajar

  • Penilaian




Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran iaitu proses pembelajaran yang lebih menyeronokkan dapat membantu para pelajar memberi tumpuan dan memahami pelajaran dalam kelas. Teknik pembelajaran yang menyeronokkan perlu diaplikasikan di sekolah seperti dengan menggunakan alat bantuan mengajar, aktiviti berkumpulan dan memberikan peluang kepada pelajar memberi pendapat dan pandangan. Kaedah supaya pelajar lebih mudah ingat pula ialah dengan menggunakan kaedah akronim, menyuruh pelajar ke hadapan untuk menyelesaikan masalah di papan putih, menggunakan video dan menggunakan kaedah gallery walk. Ianya secara tidak langsung mampu menghidupkan suasana pembelajaran.


Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti : 


  • Buku teks

  • Buku rujukan

  • Buku latihan

  • Lampiran nota

  • Alat audio visual

  • LCD

  • Komouter/TV

  • Peta / Gambarajah

  • Bahan / Alat bantu mengajar






Pengurusan Kelas merangkumi Suasana belajar yang selesa akan dapat merangsang pembelajaran murid. Susun atur kelas akan memberikan kesan kepada murid-murid. Sebagai contoh, meja dan kerusi yang disusun mengikut kumpulan akan dapat memudahkan murid-murid untuk berinteraksi sesama mereka. Kaedah penyusunan kelas seperti ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar kerana mereka dapat berkomunikasi dan berbincang dengan mudah


Guru bertanggungjawab:


  • Menguruskan rutin kelas

  • Menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar

  • Menyedia dan melaksanakan rutin kelas

  • Mengutip yuran

  • Memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini

  • Menjalankan tugas-tugas lain

  • Mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian

  • Mengurus dan memastikan pelajar memahami dan  mematuhi peraturan kelas

  • Mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses




PERSEDIAAN SEBELUM MENGAJAR


  • Penulisan persediaan mengajar

  • Persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar

  • Persediaan bahan pengajaran

  • Persediaan peralatan pengajaran

  • Persediaan ruang pengajaran

  • Persediaan kemahiran dalam pengajaran




RUMUSAN


Kesimpulannya,pengurusan alam pembelajaran ini merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua guru agar dapat memupuk minat murid untuk belajar. .
Selain itu, proses pemindahan maklumat juga dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan pelajar dapat lebih fokus kepada sesuatu topik sahaja. Guru perlu menguasai beberapa kemahiran dan teknik sebelum memasuki kelas bagi memastikan para pelajar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan teknik yang mudah dan berkesan.

No comments:

Post a Comment