Red Electricity Lightning

TAJUK 12

 TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


PENDAHULUAN


Pengurusan pelbagai upaya merupakan satu langkah yang dilakukan untuk memfokuskan kepada murid berkeperluan khas. Elemen ini diwujudkan untuk tujuan membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran sama ada secara fiikal mahupun mental. Tambahan lagi, pengurusan pelbagai upaya lebih cenderung terhadap Program Pendidikan Khas, iaitu merupakan inisiatif yang dibentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Terdapat empat elemen yang dibincangkan dalam Pengurusan Pelbagai Upaya iaitu Pemulihan, Pengayaan, Pelbagai Kecerdasan dan Berkeperluan Khas.


ISI PENTING


  • PEMULIHAN


    • Program pemulihan merupakan satu program pendidikan murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Tambahan lagi, ia merupakan satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah rendah iaitu tertumpu khusus kepada kemahiran aras Membaca, Menulis dan Mengira yang dikendalikan oleh guru yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

    • Pelaksanaan program pemulihan adalah bertujuan bagi mengurangkan jurang perbezaan pencapaian antara murid supaya mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa. Selain itu, program ini turut membantu mengembangkan potensi murid pemulihan berdasarkan kaedah pengajaran yang kreatif.



  • PENGAYAAN


    • ‘Pengayaan’ dalam konteks pendidikan, ialah aktiviti tambahan kepada asas pembelajaran di mana aktiviti yang dilakukan adalah di luar sesi pembelajaran atau persekolahan, ia dilaksanakan sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Hal ni mewujudkan keadaan yang bersesuaian bagi murid pengayaan iaitu memerlukan aktiviti yang bercorak belajar sendiri tanpa memerlukan pimpinan atau tunjuk ajar daripada guru.

    • Terdapat 2 jenis pengayaan iaitu pengayaan mendatar (aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan) dan pengayaan menegak (aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan yang cerdas sahaja)




  • PELBAGAI KECERDASAN


    • Teori pelbagai kecerdasan ini diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau menyatakan bahawa kecerdasan bukanlah diwakili melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Kecerdasan juga membawa maksud kesempurnaan akal untuk berfikir dan mengerti. Konsep pelbagai kecerdasan ialah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah sesuai dengan masa dan tempat serta menghasilkan penyelesaian yang efektif.

    • Terdapat 9 teori pelbagai kecerdasan iaitu:





  • BERKEPERLUAN KHAS


    • Berkeperluan khas merujuk kepada individu yang mempunyai masalah ataupun kecacatan dari segi fizikal dan mental. Menurut Garciolo (2003) individu yang berbeza daripada standard kenormalan masyarakat atau komuniti. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh ciri fizikal, deria, kognitif atau tingkah laku yang ketara seperti pertuturan serta perkembangan sosial dan emosi. Kebanyakkan kanak-kanak ini memerlukan program pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka.

    • Berikut merupakan jenis-jenis pelajar berkeperluan khas uang layak mengikuti program pendidikan khas yang dilaksanakan di sekolah:


      • Kanak-kanak lembam

      • Kurang keupayaan mental

      • Mempunyai masalah kesihatan

      • Autistic ringan

      • Down syndrome

      • Mempunyai masalah emosi

      • Mempunyai masalah kecelaruan bahasa dan pertuturan


RUMUSAN


Kesimpulannya, pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran dari segi mental dan fizikal. Ia melibatkan jenis-jenis murid yang mempunyai keupayaan yang pelbagai. Oleh itu, pelbagai pihak yang terlibat haruslah peka terhadap murid-murid berkeperluan khas ini bagi memastikan murid-murid ini mendapat keperluan yang setaraf dengan murid normal. Akhir kata, guru-guru yang mengajar murid pelbagai upaya ini haruslah memainkan peranan yang penting dalam mendidik murid-murid yang istimewa ini, kerana mereka juga mempunyai potensi yang tinggi untuk terus berjaya seperti murid normal.


No comments:

Post a Comment