Red Electricity Lightning

TAJUK 5

 TOPIK 5 PENGURUSAN MURID


MENGURUS REKOD MURID


1.Pemantapan Sistem pengurusan murid di sekolah

  • Profil murid perlu kemas dalam rekod guru 
  • Perkembangan akademik,emosi,sahsiah,dan tingkah laku


Kepentingan Pengurusan rekod Murid

  • Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid
  • Menyelesaikan masalah murid
  • Segala maklumat dapat direkodkan secara sistematik.
  • Stakeholder memahami kemajuan dan kebolehan murid
  • Membantu murid mengetahui potensi diri masing2.

 

 Kesediaan murid belajar


Definisi-

  • Keadaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk memperoleh sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru

 

Jenis kesediaan belajar


  1. Kesediaan kognitif---merujuk kepada kesediaan mental untuk menerima rangsangan dan memahamiya
  2. Kesediaan afektif---sikap dan minat pelajar terhadap pelajaran
  3. Kesediaan psikomotor---kesediaan fizikal pelajar dalam menjalani latihan dengan menggunakan fungsi tubuh badan.

 

Faktor mempengaruhi kesedian pelajar

1. Pengalaman

  • Membantu proses pembelajaran sesuatu konsep dengan lebih mudah

2. Kematangan

  • Fizikal - perkembangan psikomotor individu
  • Mental -perkembangan dan persediaan minda manusia untuk menerima sesuatu pembelajaran.
  • Sosial - keupayaan individu untuk membentuk hubungan baik dengan individu lain.
  • Emosi - Kestabilan minat,sikap dan keinginan

 

Memotivasikan murid


Definisi-

  • Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri

 

Motivasi intrinsik 

  • Dorongan dalaman dan minat yang terdapat dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran.Diwujudkan secara semulajadi

 

Motivasi Ekstrinsik

  • Wujud daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti.

Cara Guru meningkatkan Motivasi kepada Pelajar

  1. Persekitaran P&P-{menyediakan bilik darjah yang kondusif untuk pelajar}
  2. Pembelajaran kooperatif dan kolaboratif-{Wujudkan suasana tolong menolong antara pelajar}
  3. Peneguhan Positif dan negatif

  • Elakkan melakukan tingkah laku negatif.
  • Memberi pujian kepada murid.

 

Implikasi Motivasi

  • Suasana pembelajaran yang menyeronokkan
  • Menggunakan ciri ciri komunikasi yang positif
  • Mempercayai pencapaian pelajar boleh dipertingkatkan
  • Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti akademik.


RUMUSAN

Secara ironinya sekolah memerlukan pengurusan rekod murid yang terbaik kerana dengan adanya pengurusan rekod ini dapat membantu pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Demikian dengan itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memastikan rekod murid dapat terjaga dengan baik. Hal ini kerana, seperti kita sedia maklum antara fungsi rekod pelajar adalah dapat membentuk sahsiah pelajar kearah yang lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu para guru dan ibu bapa perlulah bertanggungjawab dalam mambantu pihak sekolah dalam menguruskan rekod pengurusan murid.


No comments:

Post a Comment