Red Electricity Lightning

TAJUK 7

 TOPIK 7 : PENGURUSAN SUMBER

1.0 PENDAHULUAN

DEFINISI PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.

KONSEP PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER

Sumber bermaksud asal atau punca. Dalam pendidikan, sumber adalah bahan dan alatan yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, pembelajaran yang berkesan dapat dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu. Sumber pengajaran dan pembelajaran khasnya alat pandang-dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran.

2.0 ISI PENTING

PERANAN DAN FUNGSI SUMBER PEMBELAJARAN

Tidak dinafikan lagi bahawa sumber merupakan satu bahan yang penting bagi memudahkan pelajar untuk memahami sesutau topik dengan lebih mudah. Salah satu sumber pembelajaran adalah pusat sumber sekolah. Pusat sumber merupakan suatu gedung, ruang atau sejumlah ruangan yang mempunyai banyak koleksi buku yang dipelihara dengan baik dan digunakan oleh masyarakat. Selain itu, pusat sumber juga merupakan pusat media, pusat pelajar, pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat rujukan. Pusat sumber berkembang dengan pesat dengan pelbagai fungsi dan peranan  mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat, keperluan dan teknologi  maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusat sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya. Pusat sumber sekolah mempunyai peranan yang sangat penting, antaranya:

1) Pusat kegiatan belajar dan mengajar

   Para guru dan pelajar akan  sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan-bahan yang bersesuaian bagi  membuat persediaan. Dalam proses pengajaran di bilik darjah, pelbagai sumber rujukan di pusat sumber juga dapat membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran  mereka dan mencari bahan rujukan tambahan untuk meningkatkan kefahaman atau menambahkan  maklumat yang telah didapati di dalam kelas. Pelajar tidak dapat mengetahui dengan mendalam sesuatu pelajaran itu jika hanya bergantung pada guru sahaja tanpa membuat rujukan tambahan.

2) Mengisi masa lapang

      Dengan adanya pusat sumber, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah daripada mereka meluangkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, membeli belah dan sebagainya. Di samping itu juga, mereka boleh berbincang dan melakukan tugasan bersama dengan menggunakan pelbagai rujukan.

3)  Pusat perkembangan idea dan kreativiti

    Pusat sumber juga pusat mengembangkan  idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber bukan hanya menyediakan buuk-buku rujukan malahan membekalkan pelajar-pelajar bahan yang berinovatif. Ini kerana, pusat sumber yang bergiat aktif selalu menjalankan program yang boleh mencungkil atau mengasah bakat pelajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar.

4) Pusat professional

  Program-program yang dijalankan di pusat sumber dapat membantu guru bagi menghasilkan idea yang lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, pusat sumber juga dapat meningkatkan ikhtisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi dan kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah.


KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN

Akses merupakan proses  atau cara memperoleh sesuatu data atau maklumat, manakala maklumat pula adalah pemberitahuan atau pengumuman. Pembelajaran berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Oleh yang demikian, para pelajar perlulah memiliki kemahiran dalam mengakses sumber pembelajaran. Terdapat kemahiran yang digariskan untuk memastikan matlamat pembelajaran berasaskan sumber itu tercapai. Antaranya;



Jenis-jenis sumber :

  • Sumber berasaskan manusia : Ia berlaku sekiranya berlaku sesuatu interaksi antara dua atau lebih  pihak.Tetapi maklumat ini tidak dapat terjamin kualiti dan benar.

  • Sumber bahan bercetak : Sumber ini mudah diperoleh dan mudah diterima oleh semua pelajar tetapi terdapat beberapa maklumat didalamnya bukan maklumat yang terkini.

  • Sumber pandang dengar : Hampir semua mampu memperolehnya dan digunakan pada masa kini tetapi ia merupakan peralatan mudah rosak berbanding buku yang boleh dibaca dimana sahaja tanpa perlu risau mengenai kualitinya.

3.0 PENUTUP

       Kesimpulannya, guru-guru haruslah berusaha untuk memperkembangkan lagi ilmu Pengurusan sumber dalam dari masa ke semasa. Oleh itu, pengurusan sumber perlulah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan dengan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan setiap pekerja juga mestilah memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.


No comments:

Post a Comment