Red Electricity Lightning

TAJUK 6

TOPIK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH 


Bilik Darjah

  •   Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

 

Pengurusan Bilik Darjah

´ 

  • Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986).
  •  Tujuan dimensi penyampaian ilmu = mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian, perancangan, dll).

  •  Tujuan pengurusan bilik darjah = membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu (Contoh: memberi ganjaran, memupuk hubungan)

 

Pengurusan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah 

  • Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait. Aspek ini melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran dan kebolehan menyusun organisasi pembelajaran. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bijak menggunakan teknologi dalam PAK21 serta teliti dalam melakukan perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.


Ciri Persekitaran Fizikal Bilik Darjah



 RUMUSAN

 

Kesimpulannya, penguasaan guru dari aspek pengurusan bilik darjah ini amat penting kerana ia mempengaruhi diri pelajar,guru dan suasana pembelajaran. Oleh itu, guru perlu menguasai tiga faktor yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, iaitu Ilmu, Strategi dan Kemahiran. Tiga faktor tersebut harus dikuasai oleh guru bagi memastikan suasana bilik darjah berada dalam keadaan terkawal. Pengurusan bilik darjah juga berkaitan dengan aspek fizikal, mental dan murid dimana ia mempengaruhi keinginan mereka untuk sama ada belajar di dalam kelas atau tidak.


No comments:

Post a Comment