TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
TOPIK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
PENGERTIAN SOSIOLOGI
Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut.
TUJUAN UTAMA SOSIOLOGI
Sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenalpasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.
PERSPEKTIF SOSIOLOGI
Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interakis dan proses kelompok.
Terdapat dua Perspektif Sosiologi :
MIKRO
Mikro sosiologi bersifat kecil dan individu
MAKRO
Makro sosiologi bersifat besar, bercorak organisasi dan kompleks
TEORI FUNGSIONALISME
- Teori ini menganggap masyarakat seperti tubuh badan manusia
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada masyarakat.
Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)
TEORI KONFLIK
Dipelopori oleh George Herbet Mead (1863-1931)
Melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain.
Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan
Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (MIkro)
Teori ini mengkaji interaksi murid, guru dan pihak pentadbiran di sekolah.
Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat.
PENGERTIAN PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan satu proses pemindahan secara formal ataupun tidak formal pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi sama (Amir Hasan 2006)
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Didefinisikan sebagai suatu kajian saintifik yang menghubungkan antara pendidikan dan masyarakat. Kajian dilakukan dalam aspek matlamat pendidikan, kaedah, institusi, pentadbiran dan kurikulum yang berkait dengan bidang ekonomi, politik, sosial dan budaya.
KEGUNAAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Mengkaji bagaimana pendidikan dapat membantu individu dan masyarakat
Mengkaji kesamaan dan ketidaksamaan dalam pendidikan
Memberi gambaran yang jelas kepada semua pihak yang terlibat mengenai organisasi sekolah dan persekitaran
Meningkatkan penguasaan konsep dan kemahiran para guru untuk berhadapan dengan pelajar berbeza latar belakang
Membantu guru memahami budaya lain yang berbeza dengannya.
RUMUSAN
Sosiologi dan pembelajaran merupakan dua perkara yang berhubung diantara satu sama lain. Sosiologi merupakan kajian yang melibatkan masyarakat dan tingkah laku sosial manusia. Manakala, pembelajaran merupakan kajian yang berunsur kemanusiaan. Sebagai seorang pendidik perlulah memahami sepenuhnya berkaitan sosiologi kerana murid-murid yang berada di sekolah mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza. Ia dapat membantu para pendidik untuk memastikan kemenjadian murid-murid pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment