Red Electricity Lightning

TAJUK 3

TOPIK 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


DEFINISI PENGURUSAN 


  • Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya

usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat
yang ditentukan (Stoner, 1984)
  • Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara

berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins, 1984)


PENGURUSAN SEKOLAH

Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana organisasi

di dunia (Sharpe, 1989).


4 ciri yang menjadikan organisasi sekolah sukar ditadbir:


  1. Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia,

sumber dan matlmat berkait dengan manusia.

2. Kumpulan sasaran kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam waktu perkembangan
mental, fizikal, emosi dan sosial.

3.Matlamat utama sekolah berkait rapat dengan pendidikan. Pendidikan
berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.

4. Manusia adalah modal insan dan aset utama sesebuah negara.


PENGURUSAN PEMBELAJARAN


  • Prinsip pengajaran mengikut fasa dan turutan:


SET INDUKSI➱PENYAMPAIAN➱PENUTUP


  • Aspek yang perlu diambil kira semasa proses pengajaran


  1. Kepelbagai teknik dalam mengajar

  2. Penglibatan pelajar

  3. Ambil kira perbezaan individu

  4. Pengalaman sedia

  5. Merangsang fikiran


  • Prinsip pembelajaran



  • Takwim sekolah

Merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran adalah bermula dengan perancangan

takwim sekolah. Pada takwim sekolah akan dicatatkan segala aktivi atau program sekolah,

cuti sekolah, jadual peperiksaan penggal dan tahunan sekolah.


Contoh Takwim Sekolah


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)


  • Mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan dan pembelajaran berdasarkan sukatan

pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guru perlu merancang pengajaran secara tahunan bagi memudahkan kerja guru
merancang pengajaran harian.


Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

  • Merupakan satu penulisan rangka atau rancangan untuk mengajar semasa proses

pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Guru wajib menulis dan merancang
rancangan pengajaran harian dan meninggalkannya merupaka satu kesalahan besar.
Merupakan terjemahan Rancangan Pengajaran Tahunan yang mengandungi maklumat
seperti objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.


 

Contoh Rancangan Pengajaran Harian


RUMUSAN

Pengurusan pembelajaran merupakan elemen yang perlu diambil penekanan yang mendalam oleh para

guru di Malaysia. Guru merupakan suatu profesion yang memerlukan ketekunan serta jati diri untuk

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat mencapai matlamatnya.

Sekiranya, perancangan guru dalam pembelajaran sempurna maka, proses pembelajaran di dalam

kelas akan lebih tertatur, kondusif dan menarik minat murid untuk belajar. 


No comments:

Post a Comment