Red Electricity Lightning

TAJUK 11

 TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


PENDAHULUAN


‘Pelbagai’ yang diertikan dalam Kamus Dewan edisi keempat adalah perihal pelbagai jenis, manakala ‘budaya’ didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi seperti cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. ‘Pelbagai Budaya’ pula bermaksud satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosialbudaya, dan menggalakkan serta menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat yang berkenaan. Secara keseluruhannya, pengurusan budaya ini menumpukan 3 komponen utama iaitu terdiri daripada kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya serta isu kepelbagaian budaya murid.


ISI PENTING


  • Terdapat 5 budaya sekolah iaitu

    • Budaya hormat menghormati.

    • Budaya berpakaian.

    • Budaya penyayang & tolong-menolong

    • Budaya membaca

    • Budaya belajar 


  • Pendidikan pelbagai budaya bertujuan untuk:

    • Mengajar pelajar untuk mengenali, menerima serta menghargai perbezaan yang wujud dari faktor budaya, bangsa, kelas sosial, jantina, agama, keperluan istimewa (OKU), golongan minoriti dan orientasi seksual.

    • Membuka mata masyarakat kepada keperluan keadilan sosial di antara kaum dalam kalangan masyarakat.

    • Menanamkan rasa tanggungjawab dan komitmen dalam diri pelajar terhadap tugas dan amanah sebagai masyarakat yang demokrasi, saksama dan adil.


  • Berikut merupakan konsep pendidikan pelbagai budaya:-

    • Memberikan penekanan kepada kajian mengenai etnik yang meliputi ciri-ciri kelompok pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat.

    • Memberikan penekanan kepada kesan penindasan terhadap satu kelompok oleh kelompok lain serta pampasan kepada yang ditindas.

    • Melihat pendidikan pelbagai budaya sebagai satu proses yang memberi penekanan kepada aspek intrinsik sesuatu budaya.


RUMUSAN


Terdapat kepelbagaian latar belakang pelajar yang bersama-sama menuntut ilmu pengetahuan dalam institusi pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, Pendidikan Pelbagai Budaya ini adalah satu kewajipan dan keperluan bagi mewujudkan kesedaran kepada masyarakat untuk bertoleransi serta memahami perbezaan serta persamaan antara budaya serta kaitannya dengan pandangan dunia, konsep serta nilai. Seorang guru hendaklah memahami konsep kepelbagaian budaya kerana merekalah salah satu agen yang bertanggungjawab dalam memupuk perpaduan kepada murid mereka.


No comments:

Post a Comment