TOPIK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
1.0 PENDAHULUAN
Definisi
TINGKAH LAKU
Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
DISIPLIN
Disiplin ialah suatu set peraturan-peraturan secara langsung bagi mengawal tingkah laku murid melalui hukuman ataupun ganjaran. Disiplin juga boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk latihan bagi perkembangan mental, fizikal dan emosi.
2.0 ISI PENTING
PERATURAN DAN DISIPLIN MURID
a) Disiplin
- Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.
- Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang / peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.
b) Pengurusan Disiplin
Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Perkara penting perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah. Mengandungi dokumen undang-undang. Contohnya adalah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.
c) Tanggungjawab pengetua / Guru-guru
1. “Vicarious Liability” – bertanggungjawab secara
langsung terhadap semua perkara di sekolah
yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap
murid-murid.
2. Umumnya – mendidik, menjaga dan “duty of care”.
3. Penyeliaan di Bilik Darjah – perlu menyelia dan
memastikan keselamatan dan mengambil langkah
proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar
munasabah.
4. Pengetua – mengambil maklum dokumen
undang-undang, berkongsi / menyebarluas,
mengingatkan staf secara konsisten dan perlu
memastikan guru mahir / tahu.
5. Guru – “In-loco parentis” / tanggungjawab seperti. Ibu bapa.
Cuai boleh didakwa.
d) PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN DI SEKOLAH
1.Tindakan yang betul
a) Diberitahu – kesalahan & hukuman
b) Keterangan bela diri
c) Kemuka Rayuan - didengari
d) Jatuh hukuman dengan adil.
2. Rujuk –Buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling ikhtisas
ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN DISIPLIN 1959
Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Tanggungjawab guru besar atas disiplin)
“Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu”
Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Kuasa-Kuasa guru besar)
“Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid,guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat”
Peraturan 6 : PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR
“Guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagimaksud itu tetapi yang disebut di atas itu tidak seorangpun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana guru selain guru berdaftar”
Peraturan 9 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: Kuasa pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah.
1) Pada bila-bila masa sahaja -
a) Didapati dengan memuaskan hati Pendaftar sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman dimana-mana sekolah
b) Pendaftar diarahkan sedemikian oleh Pendaftar Besar; atau
c) Pendaftar berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran terhadap peraturan 7.
Peraturan 10 : Rayuan
(1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut :
(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.
Peraturan 11 : Catatan dibuang sekolah dalam Sijil Berhenti Sekolah
Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh Guru Besar dengan Catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
PERATURAN 12 : Peraturan masuk balik sekolah
Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya)
(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar.
JENIS-JENIS KESALAHAN DALAM TINGKAH LAKU DISIPLIN
1.KESALAHAN BERAT
- Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan
- Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang
- Membabitkan diri dalam kumpulan haram
- Mencabul kehormatan guru/ murid
- Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii
- Melacur/ menjadi bohsia/ bohjan/ pondan
- Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral
- Mengintai murid lelaki/ perempuan
- Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan
- Merosakkan harta benda sekolah/ guru
- Membawa atau menggunakan bahan letupan
- Menulis/ melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah
- Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau Merusuh
- Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia
- Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/ peperiksaan atau ujian
Menganjur atau membubarkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia
- Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala ( tidak berturut-turut) selama 60 hari/ selama 1 tahun sesi persekolahan
- Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar/ Pengetua atau guru yang menjalankan tugas
Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenara
Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat
Melakukan hubungan yang dicuriga
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah
2. KESALAHAN SEDERHANA
- Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali
- Menyalahgunakan/ menggunakan peralatan/ sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran
- Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
- Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/ peperiksaan
- Ponteng sebarang acara rasmi sekolah
- Tidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan
- Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/ skin head atau berwarna
- Menconteng pada harta benda sekolah
- Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga
- Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini
3. KESALAHAN RINGAN
- Menyimpan misai, janggut atau jambang
- Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu
- Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang
- Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran
- Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
- Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tanpa kebenaran
- Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran
- Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
- Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/ bengkel/ bilik khas
- Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam
- Memasuki bilik khas tanpa kebenaran
- Makan atau minum di bilik darjah
- Melakukan pembaziran air/ elektrik
- Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap
- Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran ( tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain )
- Datang lewat ke sekolah
- Lewat bergerak ke perhimpunan/ bengkel/ makmal
- Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain
- Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan Sekolah 20.Tidak membuang gerakerja yang ditugaskan
- Mengganggu kawasan
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, tanggungjawab pengurusan tingkah laku dan disiplin pelajar bukan hanya terletak pada bahu seorang pengetua / guru besar sesebuah sekolah semata-mata. Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab semua pihak khususnya guru-guru yang ada di sebuah sekolah. Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan dengan telus dan amanah oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung dalam pekeliling ikhtisas dan peraturan sekolah
No comments:
Post a Comment