Red Electricity Lightning

TAJUK 4

 TOPIK 4 KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

DEFINISI


Kepimpinan

  • kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan tertentu. Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.


Organisasi

  • keupayaan memimpin melalui teladan (Dewan Bahasa). Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi ke depan. Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.

 

Kepimpinan Transaksional/Transaksi

  • Pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transaksi ini akan menjelaskan tugas-tugas dan memberitahu bahawa kejayaan pelaksanaan tugas-tugas tersebut akan menuju kepada penerimaan ganjaran.
  • Pemimpin transaksi menjanjikan ganjaran kepada pengikut jika berjaya mencapai satu tahap prestasi yang telah ditetapkan dalam jangka masa tertentu.Pemimpin boleh memberikan ganjaran seperti meningkatkan bayaran gaji ,komisyen,bonus,menaikkan pangkat,memberikan penghargaan serta pujian kepada pengikut yang mencapai prestasi yang baik.

 

Kepimpinan Transformasi


  • Kepemimpinan transformasi mulanya disarankan oleh burns dalam tahun 1978 ndalam bukunya Leadership.
  • Kepemimpinan transformasi merupakan suatu proses yang membenarkan wawasan pemimpin dikembangkan segera ke seluruh organisasi.Pemimpin biasa melaksanakan transformasi pada organisasinya.

Kepimpinan Instruksional(pengajaran)

  • Merujuk tindakan pengaruh dan kepakaran pengetua memainkan peranannya untuk mengarah para guru untuk menyediakan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)yang berupaya ke arah peningkatan pencapaian pelajar.

  • Kepimpinan pengajaran merupakan satu elemen yang penting dalam menentukan berkesan atau tidaknya sesebuah sekolah (Sweeney,1982; DeBevoise, 1984)

 

Kepimpinan intruksional boleh berlaku secara


  1. Secara langsung- pengetua terlibat dalam mengajar secara formal seperti menasihat dan bertindak sebagai kaunselor
  2. Secara tidak langsung- menyusun dan menetapkan falsafah sekolah membentuk wawasan, menetapkan matlamat dan objektif dan membentuk dasar dan prosedur,menyedia dan menyelaras sokongan pembelajaran (hussein,1993)

  

Gaya /Stail Kepimpinan

  1. Autokratik
  • Hubungan sehala (rancangan pengetua perlu dilaksanakan tanpa bantahan,guru tidak dibenarkan untuk menyuarakan pandangan dalam pentadbiran sekolah)
      2.Demokratik

  • Lebih liberal(Pengetua akan berbincang ,menerima dan memberi pandangan)
      3.Laissez-faire
  • Bertentangan dengan autokratik(pengetua beri kebebasan,kurang unsur kawalan terhadap urusan pentadbiran,Pengetua berperanan sebagai pemerhati senyap)

4.Kontingensi & Situasional

  • Kepimpinan Mengikut situasi(Pengetua mengamalkan prinsip bahawa tiada cara yang khusus atau yang sama dalam memimpin dan mentadbir sekolah)

 

ORGANISASI SEKOLAH

Kepimpinan Guru(Guru berkuasa dam mengawal aspek-aspek dalam bilik darjah)

  • kepimpinan bilik darjah
  • Pemimpinan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar.(Southworth 2002)

  1. mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain.
  2. Mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari melalui interaksi dua pihak.
  3. Menyampaikan visi kepada murid
  4. Meyakinkan mereka supaya mengikutinya.

 

Kepimpinan pengajaran

  • Tindakan yang guru lakukan dalam mengendalikan proses pengajaran pembelajaran.
  • Segala kegiatan terarah yang dijalankan oleh guru dalam rangka menyampaikan pengajaran yang berkesan

Jenis gaya pengajaran

1.pengajaran secara langsung (pengajaran berpusatkan guru)

  • Komunikasi berlaku sehala
  • mengutamakan kaedah kuliah
  • kaedah syarahan,bercerita dan kelas.

2.Pengajaran secara tidak langsung(pengajaran berpusatkan pelajar)

  • guru sebagai tutor
  • mencungkil pendapat daripada murid

3.Pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar

  • bahan ini mampu membantu guru dalam kelas
  • Contoh Komputer,LCD,Kertas Major,Software,Internet.

 RUMUSAN


 Kesimpulannya kepimpinan dan organisasi merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan persekolahan. Kepimpinan dan organisasi yang terbaik boleh terhasil daripada kerjasama semua pihak tidak termasuk pengarah atau pengetua malahan pihak guru dan ibu bapa juga memainkan peranan yang penting.Apabila kepimpinan ini terbentuk, ia akan dapat  

 Memberikan impak kepada sekolah 


No comments:

Post a Comment